'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi KedaiSukan MacSports, Sitiawan, Manjung, Perak, | 'MEREALISASIKAN IMPIAN SUKAN ANDA'

APA ITU INTENSIF MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN?

Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan adalah Program Intensif 3 hari 2 malam bersama Dr Azizan Osman. Merupakan satu-satunya Program Intensif bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan oleh jutawan & usahawan pengasas 27 buah syarikat bernilai jutaan ringgit Richworks Group Of Companies iaitu Dr Azizan Osman.

Anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan & pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan di dalam hidup anda.Beliau adalah pembimbing, guru, serta mentor, jurulatih kejayaan yang berkongsi untuk lebih menjana kekayaan & kejayaan.

Dr Azizan akan mengubah pandangan anda tentang wang & cara pengurusan wang dengan betul juga efektif. Teknik pengurusan wang adalah isu yang patut dipelajari oleh setiap individu.

Anda juga akan diajar untuk mengenal pasti halangan yang menyebabkan anda hidup tertekan dengan masalah duit, hutang, tekanan hidup, tension, kobocoran wang, kena tipu & tidak bahagia. Hakikatnya ramai orang yang hidup dikelilingi oleh masalah demi masa tanpa mencari punca masalah itu berlaku.

http://azizanosman.com/imkk/promo03/

BOLEHKAH PUASA QADHA’ CAMPUR PUASA 6 SYAWAL?

Assalamualaikum ustaz. bolehkah niat puasa 6 syawal diniatkan sekali dengan puasa qada’ terutamanya bagi perempuan yang nak ganti puasa?

JAWAPAN:

Secara ringkas permasalahan ini merupakan khilaf di kalangan para ulama. Namun menurut fuqaha’ mazhab Syafi’ie berpendapat bahawa harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qadha’, nazar dan kafarah dengan puasa sunat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair”:

.صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو نذرا، أو كفارة ; ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة، والحصول عنهما

Maksudnya: Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah contohnya untuk (niat) qadha’ atau nazar atau Kaffarah dan dia berniat bersamanya puasa (sunat) Arafah, maka al-Barizi memfatwakan ia adalah sah dan mendapat kedua-duanya(pahala qadha’ dan sunat).
(الأشباه والنظائر للإمام السيوطي, الكتاب الأول في شرح القواعد الخمس التي ذكر الأصحاب أن جميع مسائل الفقه ترجع إليه. باب ما يترتب على التمييز: الإخلاص)

Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi’ie, namun pahala yang dianugerah tidak sempurna jika tidak dilakukan secara berasingan, iaitu puasa qadha’ dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karangannya “Nihayah al-Muhtaj”:

ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد تبعا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرمي وغيرهم، لكن لا يحصل له الثواب الكامل المرتب على المطلوب لا سيما من فاته رمضان وصام عنه شوالا لأنه لم يصدق عليه المعنى المتقدم،

Maksudnya: Jika seseorang berpuasa di bulan Syawal untuk tujuan qadha’ atau nazar atau selainnya, atau seperti berpuasa di hari Asyura, maka dia akan dapat pahala puasa sunat sepertimana yang difatwakan oleh bapa saya(Syahabuddin al-Ramli) sebagai susulan (fatwa) dari al-Barizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka. Tetapi tidak akan dapat pahala yang lengkap disebabkan perkara yang dituntut(puasa yang berasingan niat yg khusus), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikan ia di bulan Syawal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna yang terawal.
(نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج للشيخ شمس الدين الرملي, كتاب الصيام, باب صوم التطوع, فصل إفراد الجمعة بالصوم)

Menurut fatwa Imam al-Ramli di atas menunjukkan bahawa sesiapa yang berpuasa qadha’ pada bulan syawal maka dia juga akan dapat pahala puasa sunat syawal namun begitu lebih afdal puasa qadha’ dilaksanakan secara berasingan untuk mendapatkan puasa yang lengkap lagi sempurna. Fatwa yang sama juga dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam karangan beliau “Tuhfah al-Muhtaj”, juga dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam “Mughni al-Muhtaj”.

Walaubagaimana pun menurut ulama-ulama mazhab Syafi’ie, meskipun puasa himpunan begini dikira sah, namun ia tidak mencapai maksud yang sebenar. Ini kerana puasa 6 Syawal digalakkan apabila lengkap puasa Ramadan dilaksanakan berdasarkan zahir hadith. Justeru itu adalah lebih baik berpuasa qadha’ Ramadan dahulu kemudian diikuti dengan puasa qadha’.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak sah digabungkan antara puasa sunat dan qadha’ berdasarkan amalan Saidatina Aisyah Radiyallahu ‘anha yang melewatkan puasa qadha’ beliau pada bulan Sya’ban, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah berkata:

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Saidatina Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qadha oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qadha’ dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya.

Namun pendapat yang berdasarkan hadith Sayyidah Aisyah merupakan pentakwilan dari yang mana ia tidak disokong oleh dalil yang jelas dan nyata. Selagi tiada bukti yang nyata maka ia bukan sebagai hujah yang mana ia masih boleh dijawab oleh ulama yang mengharuskan gabungan antara dua puasa.

KESIMPULAN

1) Puasa gabungan antara qadha dan 6 syawal diharuskan/dibolehkan menurut ulama-ulama mazhab Syafi’ie. Fatwa keharusan ini disepakati oleh Imam Syamsuddin al-Ramli dan Imam Ibn Hajar al-Haitami.

2) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi’ie tetapi ganjaran atau pahala puasa yang diperolehi tidak sempurna, ini kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan. Apa yang lebih utama mengadha’ puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa 6 Syawal.

3) Ramai di kalangan ulama feqh kotemporari berpegang kepada pendapat yang tidak mengharuskan puasa gabungan antara qadha dan sunat. Ada juga di antara mereka yang mengharuskannya terutama ulama-ulama dari al-Azhar, maka ini adalah khilaf muktabar iaitu khilaf yang diiktiraf di antara para ulama.

4) Puasa yang berasingan tanpa digabungkan niat puasa qadha dan sunat adalah amalan yang lebih tepat dengan kehendak hadith Saidatina Aisyah RA, oleh kerana itu ia dihukum sebagai lebih afdal oleh ulama Syafi’iyyah. Oleh itu juga sebahagian ulama mengharuskan puasa 6 Syawal dahulu sebelum puasa qadha’.

Wallahu A’lam

kredit -dari titipan :Ustaz Syed Shahridzan