'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi KedaiSukan MacSports, Sitiawan, Manjung, Perak, | 'SALAM CERIA, SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT SEJAHTERA HENDAKNYA'. 'MEREALISASIKAN IMPIAN SUKAN ANDA'

Aluan Pengurus


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, dapat kita bertemu di Blog Rasmi Syarikat KedaiSukan MACSports. 

Syarikat yang ditubuhkan pada  21 Ogos 2007 ini bersedia mengharungi dunia perniagaan yang mencabar sehingga ke hari ini. Melalui daftar perniagaan ini, kami memulakan perniagaan peralatan sukan, pakaian sukan, pakaian beruniform, medal trofi dan cenderahati  bertempat di WISMA MAC SPORTS, 219 Jalan Virgo, Desa Bintang, 32000 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

Strategi kami ialah jualan pada ‘volume’ yang tinggi. Bagi kami, promosi melalui mulut (referral) yang dicetuskan melalui perkhidmatan dan barangan yang berkualiti dan harga yang disenangi pelanggan adalah cara terbaik mendapat pasaran yang memberangsangkan.

Situasi dunia perniagaan terbaru dan terkini, KedaiSukan MACSports menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Melalui blog ini pelanggan boleh memilih dan meneliti barangan atau produk kami. Akhir kata, kejayaan kami adalah doa dan dorongan semua pelanggan, rakan-rakan juga keluarga. Syarikat MAC Sports Enterprise komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. 
Sekian. Wassalam.

KedaiSukan MACSports mengutamakan kepuasan pelanggan. Kepuasan pelanggan adalah penghargaan buat kami. Kualiti keutamaan kami untuk anda meningkatkan pencapaian dan prestasi sukan.

“Merealisasikan Impian Sukan Anda”

Ikhlas;
Siti Norhafizah Baba
Pemilik / Pengurus
MAC Sports Enterprise
KedaiSukan MACSports